Quantcast
Channel: My Journey Through Motherhood
Viewing all 130 articles
Browse latest View live

The Day I Become A Grandma

$
0
0
Anak buah ummi yang sulung dah kahwin tahun lepas.Alhamdulillah hari ni isterinya dah bersalin. Dan secara automatik menjadikan ummi seorang nenek hehehe. And the best part is, diorang dapat anak kembar! Dua-dua boy. *terasa diri sangat tua*
Umar Adha dan Umar Fitri. Tapi taktau mana satu si Adha mana satu Si Fitri.

Rezeki Contest: Hush Puppies Voucher, Guardian Voucher, Loreal Products

$
0
0
Frequency join contest memang dah makin berkurang. Sejak2 Giant Selayang Mall tutup, susah betul nak cari borang contest. So join contest online saje. Untuk sepanjang bulan lepas, January 2014 ini rezeki yang ummi dapat:
 
# Hush Puppies Voucher
Menang dari majalah Cleo. Dapat voucher worth RM125. T&C tulis hanya boleh digunakan untuk beli handbag sahaja. Handbag Hush Puppies semuanya cantik2 dan affordable. Tapi definitely harga lebih dari RM125. So nak tak nak kena top up sikit. Pandai kan penaja2 contest ni. Dia akan bagi kita voucher yang nilainya nak-let-go-rasa-sayang-tapi-nak-burn-gitu-je-pun-sayang. 
Ummi redeem hadiah ni masa birthday ummi. So kira macam hadiah bday le. Ini pilihan ummi:

Merah menyala. Inilah first time dalam hidup beli hanbag kaler merah. Selama ni handbag ummi kaler hitam atau coklat je. Boring giler! Harga handbag ni RM200++. So separuh bayar guna voucher, separuh lagi abah bayar kihkihkih.

# Guardian Voucher Worth RM200

Menang peraduan Guardian's Beauty Surprise Contest atas nama abah. Tahun lepas menang jugak atas nama ummi. Lepas ni kalau nak masuk lagi kena guna nama orang lain pulak. Ummi suka menang voucher macam ni. Seronok shopping guna voucher pakai main ambik je tak perlu keluar duit. RM200 ni insyaAllah cukup untuk menaja perbelanjaan toiletries kitorang anak beranak selama setahun.

#Loreal Hair Care Products

Menang dari majalah Malaysian Women Weekly. Dah selamat di redeem minggu lepas one day before cuti CNY. Dapat full set shampoo, conditioner, hair cream dan serum. Alhamdulillah.

IIUM Dental Clinic - Aiza's 1st Meeting With The Dentist

$
0
0
Dah berminggu2 Aiza kata gigi dia goyang. Tapi abah dengan ummi macam dengar tak dengar je. Sampailah minggu lepas ummi check gigi dia, ummi nampak dah ada gigi baru nak tumbuh kat belakang gigi goyang tu. Jadi kenalah cabut cepat. Kalau tak, gigi berlapis tak cantik pulak.Turun saham.

Hari Khamis lepas ummi ambik dia dari tadika bawak jumpa dentist UIA. Punyalah dia excited. Siap pukul canang kat classmates bagitau yang dia nak cabut gigi. Ummi dia yang dup dap dup dap serams kihkihkih. Maklumlah, first time experience hantar anak jumpa jumpa doktor gigi. So perasaan dia lain macam sikit.

Ummi expect dia akan melalak kat depan dentist. Siap ummi dah tinjau2 depan klinik kot2 nampak student boleh mintak tolong pegang kaki dengan tangan Aiza kahkahkah.Sekalinya, dia relaks je. Takde bunyi sikit pun. In fact ummi yang terjerit tengok gigi dia kena cabut hahaha dasar penakut. 

Nganga sepanjang masa walaupun doktor tak suruh.

Aiza dengan Dr.Risyda. Doktor ni dah veteran sikit. Asal dari Indonesia.

Setel! Another milestone in my journey through motherhood.

Dah siap cabut! Nampak tak gigi baru dah tumbuh kat belakang.
Lepas cabut gigi doktor bagi sticker. So sukalah dia. Siap cakap lepas ni nak jumpa dentist lagi.

So untuk parents di luar sana, janganlah takut nak bawak anak jumpa dentist. Memang mula2 tu kita yang akan rasa cuak. Tapi anak2 memang kena didedahkan dengan dentist dari kecik lagi, so that dia membesar tak penakut macam mak bapaknya hahahaha.

Online Shopping For Dummies

$
0
0
Sebelum ni ummi memang tak pandai online shopping. Sebabnya, ummi tak pandai nak beli barang hanya dengan browse catalog. Kalau boleh, bila nak beli barang biarlah barang tu ada depan mata. Puas hati tengok kualiti sebelum membeli. Lagipun, ummi tak ada kad kredit. Dalam otak ummi, kalau nak beli barang online mesti ada kad kredit. Ketinggalan zaman sungguh ummi ni. So dulu2 kalau nak beli barang online, sama ada Abah atau Sarah si opismate yang akan jadi mangsa.

Tapi itu semua cerita dulu. Ummi sekarang dah melakukan anjakan paradigma hahaha. As of ummi menaip ni, ummi dah berjaya buat 2 transaksi online shopping unassisted. Bangga giler wa cakap lu! Hahahaha...

# www.tesco.com.my
Ummi memang pelanggan setia Tesco. Kumpul point dah beribu2. Beli groceries semua kat situ. Malahan setiap hari Jumaat dah jadi macam 'Hari Tesco SeDunia' untuk ummi. Siap dah boleh hafal layout barang kat Tesco. Pejam mata pun boleh tahu mana nak cari pampers, susu, bawang etc. Tapi tak pernah terpikir nak shopping secara online. Sampailah satu hari nampak pamplet Tesco offer diskaun RM20 utk pembelian lebih RM100 kalau beli secara online. Hei, RM20 banyak tu. Boleh dapat KFC bargain bucket satu set hahahaha. So ummi pun mulalah godek2 website Tesco. Senang je rupanya nak beli online.
1.Mula2 pilih barang yang kita nak beli. Boleh search by category. Ada tab promotion kalau kita nak tgk barang2 yang tengah promosi waktu tu.
2.Lepas tu pilih time slot untuk delivery. Delivery start pukul 10 pagi sampai 10 malam. Contohnya macam kat bawah ni. Kita klik je mana2 slot available yang kita nak. Delivery charge RM10. Mahal jugak kan? Kalaulah free delivery, mahu hari2 shopping online.
3. Select payment type.Tak boleh bayar cash. Kena guna kredit atau debit kad sama ada visa atau mastercard. Sesapa yang takde kad kredit jangan risau. Tengok kad ATM korang, kalau ada je lambang visa atau mastercard, tu tandanya kad debit (ummi baru realize pasal ni). Yang penting, dalam akaun mesti ada duit. Sejak tahu 'kehebatan' kad ATM, sekarang ni asal nak bayar ke tunjuk kad ATM kihkih
4. Tiba waktu yang dijanjikan, datanglah lori Tesco. Glamerlah kejap jadi buah mulut jiran tetangga hahaha. Sebelum bayar, checklah dulu kot2 ada barang yang kita tak berkenan dan nak pulangkan balik. Setel.
Lori Tesco kat depan rumah. Mesti jiran ummi kata "hei, nak pegi Tesco pun malas ke?"

So apa yang ummi beli online kat Tesco? Jeng jeng jeng...

Alahai...pampers je pun!
So tamatlah citer shopping kat Tesco. Tengah tunggu kot2 Tesco bagi voucher or Free delivery then bolehlah shopping online lagi.

# zalora.com.my
Abah dapat e-voucher zalora worth RM50 dari Astro sebab selama ni bayar bill auto deduct tiap2 bulan. Since abah takde barang yang dia minat nak beli, dia pass voucher tu kat ummi. So ummi pun mulalah godek2 website zalora. Boleh tahan murah jugak barang jual kat sini. Rambang mata jugaklah dibuatnya. Kebetulan ummi ada plan nak beli kasut kerja baru. So menonong klik bahagian kasut. 
Antara pilihan kasut yg ada. As low as RM19.25 je. Cantik2 kan?
Antara T&C e-voucher tu tak boleh guna untuk promotional item. Dan cost shipping RM5 kena bayar sendiri. Dan yang bestnya boleh cash-on-delivery jugak so takde kad kredit pun takpe. Lepas puas godek punya godek last2 ummi pilih ini:
Kasut brand SideWalk. Harga RM39.
Lepas beli kasut ada extra lagi RM11. Terus search barang lain nak bagi cukupkan RM50 hahaha gila kedekut RM11 pun berkira. Dengan baki RM11 tu ummi beli pencuci muka Olay for Men konon2 isteri mithali -walaupun shopping barang sendiri tapi still ingat kat suami kuikuikui. Padahal kat rumah ada berlambak pencuci muka tak guna lagi.

Dia punya servis sangat bagus. Ummi order Sabtu petang, then Isnin pagi2 subuh sapi'i orang kurier dah sampai nak hantar barang. 
Well, kasut yang ummi beli tu saaaaaaaaangat cantik. Size pun muat just nice. Cumanya tak selesa huhuhu. Bahagian depan kasut tu tirus sikit so kalau pakai sakit kaki dibuatnya. Afterall, macam manalah ummi nak tahu kasut tu selesa atau tak hanya dengan tengok gambar kan? So moral of the story, there are certain things that we just can't buy online. Kasut adalah salah satu daripadanya.

Tapi takpe, ada pencuci muka Olay abah sebagai pengubat duka. hikhikhik...

*btw, ummi tak serik shopping online (in case abah is wondering and reading this post). My journey to online shopping has just begun. Cehh!


Updating Status

$
0
0
Lama betul ummi tak update blog kan? Siap ada sorang 'loyal reader' tu macam dah merajuk taknak bukak blog ummi lagi. Tiap kali bukak-takde update. Tiap kali bukak-takde update kihkihkih. Siap post komen tanya bila ummi nak update blog!

Banyak dah berlaku sejak kali terakhir ummi post entry kat blog ni. Antaranya:

#Anas Turned 5-Months-Old Last Week
Dah pandai meniarap dah Si Kecik tu. In fact dah pandai gostan dan bergolek2. Last week dia 'jatuh' dari tilam KingKoil ummi setinggi 8cm tu (eleh macam le tinggi sangat). Surprisingly dia tak menangis pun. Berderau darah ummi masa sedar dia takde atas tilam. Check kat lantai pun takde. Bila jumpa, rupanya dah terperesok belakang pintu sambil sengih2 makan jari hihihi. Bertuah punya budak!


Dan ummi dah start bagi dia makan. First menu dia: mashed pumpkin. Yummy! Then ummi ada bagi nestum jugak. Setakat ni belum pernah bagi bubur nasi lagi. Alasannya sebab takde blender nak blend bubur. Blender yang ada selalu guna untuk blend cili. Dan kerana itulah ummi ada beli satu barang secara online baru2 ni hihihi.Ummi akan tulis satu entry 'spesel' pasal ni nanti.

#Gardening Projects. The Ups and Downs.
Sejak musim panas melanda, semua pokok kena bagi extra care. Siram pokok pagi petang pon macam takde kesan sangat. Sebab cuaca terlalu panas sampai tanah pun merekah. Tapi, ada beberapa pokok yang mula keluarkan hasil. Pokok tomato ceri ummi dah berbuah (tak sempat nak snap gambar). Ada 3 biji je pun. Semua dah selamat masuk perut ummi. Bunganya banyak tapi tak jadi buah. Pokok tomato ceri yang ditanam guna teknik upside-down sampai sekarang duk berbunga je tapi sebiji buah pon tak nampak. Status terkini: hidup segan MATI PON MAHU.

Tapi yang paling menggembirakan, pokok delima ummi pon dah mula berbunga padahal ummi baru tanam tak sampai 3 bulan. Pokoknya pon baru tinggu lutut je. Ini pencapaian paling membanggakan hingga ke tahap riak hahahaha. 

#Addiction To Online Shopping
Ingat lagi tak last post ummi pasal online shopping? Well, time tu ummi amatur lagi. Sekarang dah dikira PROFESIONAL. Diulangi, profesional hokeh. Antara barang yang ummi dah beli secara online: mainan masak2 Aiza beli online dari FB, then beli timbang dari My Deal (timbang pon siap beli online hahaha. Dah le tu masa deliver diorang bungkus guna plastik jernih. Habis satu opis tahu ummi beli timbang kihkihkih). Then ummi ada beli buffet voucher for two kat Halia, Sime Darby Convention Centre pun guna My Deal jugak. Murah je tak sampai RM65 utk 2 orang makan. Dah selamat pun redeem a few weeks ago. And the list goes on....

Tapi jangan risau, semuanya masih terkawal (kena cover2 sikit takut abah tiba2 cakap nak check online banking ummi kihkihkih).

#New Gadgets
Ummi ada gajet baru! Bukan 1 tapi 2. Terima kasihlah diucapkan pada UIA selaku penaja utama. Dan kerana itu haruslah kiranya ummi tulis satu entry khusus pasal ni sebagai meluahkan rasa terima kasih ummi pada UIA. I love u UIA muaaahhhhs.

Will try to update this blog as frequently as possible. Till then, bye.

New Gadgets - Thanks To UIA

$
0
0
Masa ummi mula2 join UIA tahun 2007 dulu, UIA ada bagi satu laptop Dell. Setahun lepas guna, rumah MIL kena pecah masuk. Laptop UIA tu pun kena angkut sama. Nasib baik UIA tak suruh ganti balik (bukan salah ummi pun tapi salah pencuri). Then ummi pun segan nak mintak ganti komputer baru. So sejak dari tu guna laptop sendiri.

Then baru2 ni, UIA bermurah hati bagi RM3K as computer allowance untuk gantikan komputer lama. Tapi tak semua staff dapat. Cuma staff yang guna certain computer model je dapat. Antaranya ummi. Tapi sebab komputer ummi dah kena curi, so nama ummi tercicir dari senarai. Bila ummi call bahagian finance, kes ummi sejak 6 tahun lepas tu rupanya tak setel lagi. Punyalah lama diorang perap. Dipendekkan cerita, bila ummi call barulah fail ummi tu dibukak semula then forwarded ke pihak tertentu untuk claim insurans. Bila semua dah setel, ummi dapat email bagitau yg ummi pun boleh beli komputer baru. Yahoooo!

And the best part is, UIA bagi sepenuh kebebasan untuk kita shopping sendiri laptop apa yang kita nak. Suka hatilah nak brand apa pun. UIA cuma bagi guideline specification saje. Maximum boleh beli 2 gadgets. Yang penting within 3K. Kalau lebih dari tu kena topup sendiri. Wahhh...dia punya feeling tu Allah je tahu kihkihkih. Shopping spree kan...sapa tak excited!

Maka bermulalah proses survey2 kat online store, Digital Mall etc. Rambang mata mak oii. Semua rasa nak beli.Sampailah satu hari tu, ummi ambik annual leave then pusing satu Mid Valley survey harga laptop/tablet. Dari satu kedai ke satu kedai ummi masuk. And finally bila kaki dah penat, ini yang ummi beli:

Introducing, my new tablet and laptop
Samsung Galaxy Note 8.0. Harga RM1299. Free gift screen protector and casing. Tablet ni boleh jadi phone jugak. Seronok browsing guna tablet ni. Wide screen le katekan. Tapi yang tak bestnya, bila ada orang call terpaksalah kita bercakap guna phone besar gedabak kihkihkih.

Laptop HP tu pulak ummi beli dengan harga RM1699. Spec semua bagus dan ummi sangat puas hati. Laptop sebelum ni pun HP jugak. So ni sambung guna HP.

Total damage semua sekali = RM2998. Kurang dua hengget nak 3 ribu alahai sayangnya hahaha. So inilah gadget terbaru yang ummi ada. Terima kasih UIA. Kat univ lain pon rasanya diorang provide laptop utk staff tapi takdelah kebebasan beli laptop sendiri. UIA je spesel kot. So dengan itu, sekali lagi ummi nak ucapkan terima kasih! Love u UIA.



Love Letter To My Husband

$
0
0
Its really hard to get abah to do some groceries shopping these days. Asyiklah bertangguh. Dia cuma semangat nak pergi bila ada barang yang DIA NAK BELI. Kalau ummi yang nak beli barang, jawabnya tahun depanlah.

So ummi guna cara ini. Reverse psychology kononnya. And you know what? It works! Hehehe

7th Anniversary

$
0
0
Us trying to take a selfie

Yesterday marked the 7th anniversary of our marriage. 

Happy anniversary abah. Tiada kata2 boleh diucapkan untuk menunjukkan betapa bertuahnya ummi ada suami sehebat abah! -> kena puji lebeh sikit sebab dengar kata ada orang nak bawak ummi pegi kedai emas Wah Chan lepas ni kihkihkih

Sekuntum Mawar Merah

$
0
0
Blog ni dah dianaktirikan untuk tempoh yang sangat panjang. Berbulan bulan tidak diupdate. Terlalu banyak cerita terlepas. Takpe, kita start slow-slow.

Sebagai permulaan, kita mulakan dengan cerita membangga diri kihkihkih.
***************************************************************
Beberapa bulan lepas, ummi ambik batang bunga ros dari rumah nyai bawak balik KL. Batang semata2. Takde daun takde bunga. Baru-baru ni, batang bunga ros tu berubah jadi macam ni.

Homai...bangga gila! Dandan tu terus whatsapp adik beradik lain sebab nak show off. Terasa bakat bercucuk tanam nyai dan yai mengalir dalam diri. Terus jadi addicted dengan bunga ros. Bila naik kereta, mata melilau kiri kanan tengok rumah orang yang ada tanam pokok ros. Dah jadi ala2 stalker pulak!

Sekarang pokok tu makin besar dan merimbun.

Kat depan tadika UIA ada pokok bunga ros. Merimbun pokoknya sebab tanam atas tanah. Bunganya pon lebat. Kalau tak tahu malu, nanti ummi nak mintak batangnya dari teacher. Doakan ummi berjaya.

Bata Flexology

$
0
0
Ummi ni jenis kalau guna barang, guna sampai rosak. Then baru beli lain. Sebab tu selalu beli barang murah2 dengan harapan jangka hayat dia tak panjang so boleh shopping selalu kihkihkih.

Kasut yang ummi pakai dah lama koyak rabak. Tapaknya dah putus dua. Terbelah kat tengah2. Bila hujan kaki pon basah. Nak bawak pegi mengajar pon malu. Sayang tak ambik gambar sebagai bukti hujah2 ummi yang agak exaggerate ni. Kasut tu beli kat kedai XES awal tahun ni.

Kelmarin pegi BATA dengan niat nak beli kasut sukan Asyraf. Sebab abah kata dia nak bayar, so cepat2 ummi pilih kasut ummi jugak. Iye, peluang keemasan jangan dilepaskan.

 Ini pilihan ummi:
Sekali pandang terus terpikat. Designnya sweet. Pakai pon sedap. Ni jenis Flexology. Ada beberapa pattern lagi yang under Flexology series. Bahagian tapak tu bercushion. So bila berjalan memang selesa.

Dan kasut ni jadi extra comfy sebab abah yang tolong bayarkan hihihihi. Love u.

Xiaomi Redmi 1S

$
0
0
Ummi hal2 gadjet ni, selalu kalah dengan abah. Bukan kalah maksudnya ummi ni kurang pengetahuan ke ape, tapi kalah bidang kuasa. Abah yang tentukan brand apa ummi guna, model apa, design bagaimana etc. Selalunya ummi cuma dapat pilih kaler saje. Sedeh kan? Memang tak adil! Lebih haru, selalunya guna handphone 2nd hand abah je. Ish ish ish..Di mana keadilan? Di mana???

******SIAP KAU KEJAP LAGI******

Samalah halnya dengan Xiaomi Redmi 1S ni. Dah lama abah offer ummi. Tapi ummi taknak. Alasan ummi sebab namanya tak best. Xiaomiau miau macam kucing kihkihkih. Yang peliknya bila ummi suruh abah beli untuk diri sendiri, taknak pulak.

Btw, sana sini bagi review tiptop pada handphone ni. Kat forum Lowyat pon handphone ni juara. Kononnya sama taraf macam Iphone dari segi functionnya. Tapi harganya jauh lebih rendah. Untuk harga RM419, it's worth it.

And here I am dengan Xiaomi Redmi 1S. So far so good. Asal boleh call in call out, surf internet, hantar sms dan whatsapp, dah cukup untuk ummi. Anyway, thank you abah for the gift. Ada duit, belilah lagi.

Part Time Maid

$
0
0
Ummi dah lama berangan nak ambik service part time maid time weekend. Tapi sebelum ni tak pernah berjaya. Macam2 masalah i.e area not covered lah, agen sesat masa nak cari rumahlah, jadual maid dah penuhlah etc. Lama2 fed up! Bila ngadu kat abah, jawapan standard dia "bayar jelah kat abah nanti abah buat semua tu". Ish lagilah fed up! Bukan dia buat pun. 

Sampailah few weeks ago, ummi jumpa no telefon sorang agen ni. Masa call tu takdelah letak harapan tinggi. Takut dia kata area Taman Ehsan,Kepong tak covered. Sekalinya dia kata boleh. Dan dia boleh cari rumah ummi thru Google map. Yeay! 

Sampailah hari dijanjikan. Tepat pukul 8am maid tu sampai. Efisien! Budak2 still tidur dan abah pon tak balik jogging lagi. Bila dia sampai, ummi interview le dia kejap. Dia kata dah 3 tahun buat kerja bersihkan rumah orang. So kira dah pro le. Which is true. Sampai je, terus dia tanya nak start mana. Ummi pon cakap suruh dia fokus kat dapur dan toilet. Benda lain ummi boleh buat. Tang dua tempat tu je malas nak kemas hihihi.

Terus si maid ni singsing lengan baju start mengemas. Siap panjat kerusi bersihkan sawang/ cuci tingkap (yang selama ni ummi tak bother pon nak buat). Sangat detail kerja dia. Scrub dinding, mop lantai, lap cermin, bersihkan tingkap, sampai ke hob dapor dia bukak dan cuci.
My part time maid in action
Tgh gigih menyental sinki

Honestly selama ni ummi rasa rumah ummi tu takdelah kotor sangat. Standard le comot sana sini sebab ada anak kecik. Tapi bila si maid ni bersihkan, rumah ummi jadi lebih bersih dari yang ummi sangka!

Masa dia bersihkan dapur dan toilet, ummi sibuk iron baju dan bersihkan bilik. Sebelum maid ni balik, dia sempat vakuum dan mop sampai ke hall. So bila dia balik, satu rumah dan bersih. Dan ini sangat jarang berlaku. Biasanya bila ummi kemas bilik, dapur bersepah. Kemas dapur, hall tunggang langgang. 

Dan kerana sayang rumah dah bersih, hari tu kitorang tak masak tengahari. Makan nasi lemak yang masak pagi tu je. Even malam pon tak masak. Sayang dapur kononnya hahahaha.

Anyway, ummi happy sebab dah tahu ada agen yang reliable boleh mintak hantar part time maid. Dengan service RM60/4jam, definitely ummi akan call lagi bila2 malas diperlukan.


He Got Engaged

$
0
0
Muka ceria nak bertunang
Patutlah dia sangat secretive pasal girlfriend selama ni. Rupanya, berchenta dengan ex student ummi. Dan ummi hanya tahu di hari pertunangan diorang bila si bakal pengantin perempuan panggil ummi dengan panggilan "Madam". Hanya student UIA akan panggil ummi guna gelaran tu.


Apapun, Tahniah! InsyaAllah majlis walimah akan dibuat tahun depan. Tunggu si bakal pengantin perempuan habiskan masters dulu. So adalah setahun untuk Amir mengumpul duit. Dan adalah setahun jugak untuk ummi mencari baju cantik #orang-lain-yang-tunang-dia-pulak-yang-eksaited

PPUM Dental Clinic- Part I

$
0
0
Ummi pernah cerita pasal masalah gigi ummi kat entry ini. Time tu ummi try dapatkan treatment kat Klinik Gigi HUKM (dekat HKL). It was ok. Cuma sebab student yang treat gigi kita, so dia ambik masa agak lama. Gigi ummi pulak ada BANYAK yang bermasalah. Ada nak kena tampal, ada nak kena cabut, ada nak kena buat root canal treatment, ada nak buat crowning etc. Hambik kau! Kalau buat treatment kau luar, mahu cecah ribu riban. So sebab UIA tak cover dental treatment, kenalah ke government clinic. Then lps 2 kali treatment kalau tak silap, ummi pregnantkan Anas pulak. So semua treatment kena stop sob sob sob.

Masa  pregnantkan Anas, masalah gigi makin teruk. Pecah sana sini. Katanya itu normal due to hormon. Tak cukup kalsium agaknya. Then pegi klinik UIA buat tampalan tapi asyiklah tanggal balik. Fed Up! So masalah gigi perap dalam mulut je.

Bila dah bersalinkan Anas, ummi plan nak sambung treatment. Tapi macam malaslah pulak nak ke HKL. Bukan dekat. Redah jem segala bagai. Probability nak kena kensel kelas tiap kali treatment sangat tinggi.

So setelah google sana sini, ummi pergi Dental Faculty UM kat PPUM. Dekat je dgn opis jalan kaki pon sampai. Sampai je sana, register bayar RM2 kemudian dapat kad hijau macam ni:

One thing pasal Dental Clinic PPUM ni, tak ramai orang. So masa menunggu sangat kejap. Then bila sampai giliran, dentist akan check gigi kita thoroughly. Kalau ada masalah gigi yang kronik, dia akan buat treatment time tu jugak. Kalau tak kronik, dia akan masukkan nama kita dalam waiting list utk dirawat oleh student dentristry UM.

Ok habis part I. Nanti sambung part lain pulak.

Double Birthday Celebration: Aiza 6th Birthday and Anas 1st Birthday

$
0
0
Semalam birthday Aiza yang ke 6 tahun. Diam tak diam, dah enam tahun berlalu sejak pertama kali bergelar ummi. Ucapan untuk kakak: Ummi doakan semoga Allah kurniakan kakak kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah dan kecerdasan akal fikiran. Jadilah anak yang solehah dan berperibadi mulia agar jadi ikutan pada adik-adik yang lain.
Aiza dgn kek coklatnya. Dah anak dara anak sulung ummi ni. Tahun depan dah nak sekolah rendah :)
Perasaan bercampur-campur i.e terharu, gembira, bersyukur semua pon ada. Tanggungjawab sebagai ummi sangatlah besar. Kitalah ibu, kitalah teman, kitalah pembimbing dan kitalah role model.

Dan sempena bday Aiza semalam, abah bermurah hati mengerah keringat membaking butter cake untuk dia. Hasilnya...marvelous!
Minggu lepas ummi buat buttercake - failed. Minggu ni abah buat buttercake - marvelous
Dan hari ni birthday Anas yang pertama pulak. Hebat kan timing ummi dan abah? Selang sehari je dari birthday Aiza hihihi. Bila celebrate, buat sekali arung je. Jimat belanja! 
Triple bday celebration: Aiza, Anas dan Grandma :)

Anas dah pandai berjalan. Rasanya dalam 3 orang anak, Anaslah yang paling cepat berjalan. Well, semua yang melibatkan Anas sentiasa nak cepat hihihi. Bersalinkan dia setahun yang lepas tu nak cepat sampaikan terbersalin atas wheelchair.

Disebalik senyuman manis, sebenarnya dah pandai bergaduh hahaha. Dan paling tak tahan, kuat menggigit.
Semoga Allah akan selalu bagi ummi hidayah dan pedoman dalam usaha menjadi ibu yang terbaik utk semua anak-anak ummi. Ummi selalu ingatkan pada diri sendiri, anak2 tu amanah Allah yang dipinjamkan sementara saja untuk kita. Sampai masa, Allah akan ambik semula. Samalah untuk diri kita, pon pinjaman sementara dari Allah untuk anak2 dan suami. So sementara hayat dikandung badan, kenalah sentiasa berkasih sayang #feelingemotional


PPUM Dental Clinic - Part II

$
0
0
Boleh baca Part I ummi buat rawatan gigi kat Dental Clinic PPUM kat sini.

Ikut pengalaman ummi, salah satu perbezaan antara Dental Clinic HUKM dengan Dental Clinic PPUM ialah dia punya waiting time.

Dental Clinic HUKM tak lama dalam waiting list. Tapi nak tunggu dari satu treatment ke satu treatment sangat lama. Contohnya ummi 1st visit mid November 2013. Lepas doktor check, nama terus masuk waiting list. Dalam 2 minggu lepas tu, dah ada student call kata nak buat follow up treatment. Tapi lepas dari tu tunggu dekat sebulan baru student tu call lagi sekali untuk treatment seterusnya dan seterusnya dan seterusnya...

Kalau Dental Clinic PPUM pulak, sangat lama dalam waiting list. In my case tunggu sampai 6 bulan! Tapi once nama kita dah di assigned pada mana2 dentistry student, laju je dia buat. My dentist-to-be ni namanya Miss Yunshan. Cantik orangnya suka bergaya pakai skirt :) Bila cerita pasal Miss Yunshan kat abah, dan2 tu dia kata dia pon sakit gigi hihi. Kadang2 dalam seminggu sampai 3 kali ummi jumpa Miss Yunshan. Nasib baik dari UIA nak ke PPUM tu dekat je. Setakat ni tak pernah lagi kena cancel kelas sebab treatment gigi. InsyaAllah memang sempat berkejar ke kelas.
Masa treatment minggu lepas, Miss Yunshan bagi kek batik suruh bawak balik. Sweetnya dia!
Dental Clinic PPUM tak ramai orang. Kalau sesapa nak dapatkan rawatan kat public dental clinic dia pon tak perlu tunggu lama. Masa first ummi pergi dulu, ummi just walk in ambik nombor macam biasa. Tak sampai 10 minit dah sampai turn kita. So sangat sesuailah untuk sesapa yg kejar masa or kalau nak dapatkan rawatan untuk kanak-kanak.
Waiting area. Banyak kerusi kosong.

Dan satu lagi, facilities kat Dental Clinic PPUM pon sangat up to date kalau banding dengan tempat lain. Kita boleh nampak charting gigi kita kat monitor on screen.Kerusi yg digunakan time treatment pon empuk sampaikan kadang2 boleh terlelap ummi dibuatnya hihihi.

Ok tu je setakat ni. Kita sambung nanti part III.

Total Damage: Perth, Australia (24/10/14-28/10/14)

$
0
0

Tiket
Kami booked tiket pertengahan tahun 2014 masa Air Asia buat promosi. Time tu, tiket perjalanan sehala ke Perth cuma RM2.90. Iye, sila pengsan sekarang! Diulangi, RM2.90 je sehala. Tapi bila dah ditambah dengan airport tax, caj seating, luggage 20kg, meals on board pergi dan balik, total damage semua sekali 5 beranak lebih kurang 3 ribu. So on average sorang RM600 le. Masih dalam kategori affordable.
Ummi dan Anas. Memang mencabar jaga 3 orang budak dlm kapal terbang utk 5hours of flight. Rasa macam nak lompat guna payung terjun pon ada.
Passport dan Visa
Mana2 perjalanan ke oversea pun, kena pastikan passport valid 6 bulan sebelum tarikh luput. Bila kami check expiry date setiap passport, semua orang pun dah tahap 'nyawa-nyawa ikan'. Plus Si Anas memang belum pernah ada passport. Jadi kami buat passport kat Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Hartamas. Awal pagi dah terpacak kat sana. Yang bestnya, kat situ ada kaunter khas untuk sesapa yang ada anak kecik nak buat passport. So alhamdulillah memang laju je sampai giliran. Tak sampai pukul 10am dah setel semua so boleh pi kerja macam biasa. Total damage untuk buat passport ialah (RM100 x 2 tahun) utk ummi/abah dan (RM80 x 2 tahun) untuk Aiza, Asyraf dan Anas.
L-R: Aiza, Asyraf, Anas. Semua muka macam katun!
Pasal visa pulak, ada sesetengah negara kalau nak pergi kena ada visa. Australia adalah antaranya. Tapi jgn risau. Urusan buat visa nak ke Autralia boleh buat dengan mudah dan murah. Tak perlu sessi interviu macam sesetengah negara tu. In fact,boleh buat online sahaja. Utk urusan visa ni, abah deal dgn easyeta.com je. Total damage untuk buat visa ialah around RM30 x 5orang.

Tukar Duit
Masa kami ke Perth tu, kadar tukaran duit RM ke AUD lebih kurang RM2.90 kita bersamaan AUD1. Hasil recommendation dari Cik Ajib, kami pergi ke satu money changer kat belakang BB Plaza. Katanya rate kat situ agak murah dan boleh nego. Masa dia pergi 2 minggu sebelum tu, dia berjaya dapat RM2.70:AUD1. Tapi bila kami pergi, rate sama je dan langsung tak blh nego. So kami end up tukar kat Bank Islam dengan kadar RM2.86:AUD1.
Kami  bawak AUD1000 untuk duit jajan/belanja makan/beli souvenier/tiket masuk zoo etc so total damage RM2860 (ini pon tak habis bila balik masih ada balance lebih kurang RM800++).

Kastam/Imigresen
Nak masuk Australia peraturannya agak ketat dan security check agak thorough. Banyak benda tak boleh bawak masuk macam dairy food, everything yang 3 in 1, makanan basah etc. Bila baca blog orang lain, ramai yang dah terkena i.e kena rampas or kena denda. So kami pon takdelah bawak apa takut terkena jugak. Cuma bawak susu formula budak2 (unopened) dan maggi 5 bungkus. Dan abah pastikan semuanya dideclare. Even bawak ubat demam budak2 pon abah declare. Dan Alhamdulillah, urusan cek out dan kastam sangat mudah. Malahan kami langsung tidak di cek. Mungkin sebab diorang nampak ummi dan abah angkut 3 orang budak sambil terhoyong hayang bawak beg kot. Dalam hati diorang mesti rasa kesian kihkihkih. So laju je takyah beratur pon sebab dapat laluan khas.

Zon Masa
Waktu Malaysia dan Perth SAMA je. Yang bezanya permulaan siang dan malam. Masa kami pergi, kat Perth tengah penghujung Spring nak masuk Summer. Subhanallah cantik betul pemandangan dengan bunga kembang merata2. Subuh masuk pukul 4pagi. Pukul 5.30am dah syuruk. Magrib pulak start pukul 6.30pm. 
Kat Perth tak banyak aktiviti malam. By pukul 7pm, semua kedai pun dah tutup. Siap ada kedai tu, tulis banner besar "we are open until 9pm". Macam bangga sangat dapat bukak sampai pukul 9 malam hahaha. Kalau kat KL, 9 malam tu ada je kedai yang baru terkedek2 nak susun meja  hihihi.

Sewa Kereta/Transportation
Kami pegi Perth ni free and easy. Meaning tak guna agen, takde tourist guide. Semua suka hati. Bila bawak anak kecik ramai, rasanya nilah option paling bagus. Kita tak terkejar2 dengan apa2 schedule. So nak mudahkan perjalanan, abah sewa kereta. Urusan sewa kereta ni abah setelkan berbulan2 sebelum kitorang pi Perth. Semuanya google saja. Hasil dari kajian dan recommendation orang ramai, abah sewa kereta kat www.bayswatercarrental.com.au/. Dari airport kami ambik teksi ke kedai sewa kereta ni. Perjalanan lebih kurang 35 minit dengan caj AUD42. 
Kereta sewa kami untuk 3 hari. Toyota Corolla Ascent, adik beradik Altis. Sebab kononnya best drive Altis ni, bila balik Malaysia dan drive Alza, abah kata dia kekok. Piiirah!
Rate sewa kereta boleh tahan murah, as low as AUD25 je. Tapi sebab kami sewa 2 car seat, 1 booster seat dan ambik insurans, so total jadi AUD60 per day. Kami ke Perth bertolak Khamis malam (24 Oct 2014) dan balik semula ke KL hari Selasa pagi (28 Oct 2014), jadi abah sewa dari hari Jumaat-Ahad je. Hari Isnin kami jalan2 guna public transport. Seronok! Btw, total damage untuk sewa kereta lebih kurang RM600. 
Hari terakhir kat Perth, kami dah pulangkan kereta. Tapi masih bersemangat nak sight-seeing sekitar Perth. So kami just guna public transportation. Mula-mula kami naik train ala2 komuter. Servis sangat efisyen dan takde delay2 macam kat sini. Kalau dia tulis pukul 11am, then pukul 11am on the dot dia sampai. 
Beli tiket train. Takde kaunter jual tiket, semua guna mesin je.
 
Selain dari train, kami ada jugak naik ferry di Barrack St. Jetty menyeberangi Swan River. Tiket sehala AUD 2.10 saja. Kalau ambik return tiket lagi murah lebih kurang AUD 2.90. In fact klu kita dah mmg ada tiket bas/train masih boleh guna kalau still dlm zone yg sama atau masih within time limit. Dari Barrack St. Jetty ni pon boleh naik boat cruise sampai ke Fremantle. Tapi tu harga tiket mahal lagilah.
Petang sehari sebelum balik ke Malaysia, kami try pulak perkhidmatan bas. Kami naik dari Carlisle ke Belmont. Niat di hati saje nak jalan bawak budak2. Kami turun kat satu tempat yang penuh dengan hypermarket (Woolsworth, IGA Superstore dan Coles). Sempatlah shopping barang mainan. Harga of course kauh lagi murah banding dengan Malaysia. Masa otw balik driver bas bagi kami naik free je takyah bayar. Once again, mungkin sebab nampak kami bawak budak2 (sapa kata bercuti dengan anak2 kecik susah, banyak kelebihan sebenarnya). Perkhidmatan bas berakhir pukul 7pm.
Tempat tunggu bas. Sempoi je cuma ada papan tanda.
So overall, kami dah cuba semua jenis pengangkutan kat Perth. Dari teksi, kereta, train, bot, bas dan kapal terbang pergi dan balik. Memang jadi pengalaman untuk Aiza, Asyraf dan Anas!

Penginapan
Lama jugak ummi google sana sini cari hotel murah kat Perth. Rate hotel kat sana lebih kurang sama macam kat KL (JANGAN CONVERT). So kalau kita tengok rate hotel kat KL on average 2-3 ratus satu malam, samalah jugak macam kat Perth.  So kalau kami menginap 5D4N kat hotel, boleh cecah dekat 3K. So idea duduk hotel tolak tepi jauh2.
Pilihan kedua boleh menginap kat hostel bag packers yang berlambak kat Perth. Kalau nak senang boleh klik www.hostelz.com. Bayaran pon murah je. Ada tu tak sampai AUD20 per night. Tapi adatlah duduk hostel, ada possibility kena share bilik dengan orang lain. Toilet pon sudah semestinya share. Kalau bawak anak2 mesti tak berapa selesa. So pilihan ni pon tolak jauh2.
Contoh dorm yang boleh disewa thru hostelz.com
Pilihan ke-3, duduk homestay. Pilihan ni yang paling ummi berkenan sebab kalau homestay lebih selesa. Google punya google, ummi terjumpa dengan website airbnb.com. Website ni senaraikan homestay dari seluruh dunia. So bila kami search kat bahagian Perth, jumpa satu homestay ni. Ownernya nama Ian. Sangat friendly. Beberapa hari sebelum kami bertolak asyiklah dia sms abah nak confirmkan date and time utk ambik kunci.
Rumah Ian ni semi-d setingkat kat area Carlisle, lebih kurang 15 minit dari airport Perth. Dari luar nampak buruk tapi kat dalam kemas dan cantik. Kat dalam rumah ada lengkap dapur, washing machine, dryer etc. So sangat convinient untuk kami anak beranak.Selama 5 hari 4 malam kat Perth tu, fefeeling jugaklah macam ada rumah kat oversea hihihi. Total damage kami stay kat sini selama 5D4N ialah lebih kurang RM1200.
Ruang tamu rumah Ian. Nampak tak akuarium kat belakang tu? Tu port budak2 jakun!
bahagian dapur. Sangat convinient!

Makan
Tak susah nak carik halal food kat Perth. Kat Australia ada ramai muslim. In fact, Melayu pon ramai. Jalan 1 km jumpa orang cakap Melayu. Jalan lagi 1 km, jumpa orang cakap jawa kihkihkih.
Btw, sebab kami duduk homestay, so ummi siap bawak magi dan periuk belanga dari Malaysia (insert mode jakun here). Best sebab ada dapur dan boleh masak2. Once kitorang check in je kat homestay tu, terus abah keluar pegi kedai namanya IGA yang macam ala2 speedmart kalau kat Malaysia. So apa abah beli? Beras, fresh milk, cereal, cokelat, telur etc. So sepanjang 5D4N kat Perth, ada beberapa kali jugaklah ummi masak nasi, masak magi, buat scrambled egg, buat bubur and mcm2 lagilah. 
Kalau malas masak, boleh cari kedai2 orang Pakistan yang jual kebab atau nasi biryani. Contohnya yg macam kami beli ni:
Kebab. Sebiji AUD15 kot. Sangat besar dan sedap. Boleh share 2,3 orang.
Doner Kebab dan Shish Lamb

Kat kedai biryani. Sedap tapi PEDAS. Agak mahal jugak lebih kurang AUD15 sebungkus utk biryani kambing.
Selain tu,  kalau pegi Perth tak sah katanya kalau tak makan fish and chips kat Freemantle. Ada dua kedai yang famous: Kailis dan Cicerellos. Dua2 tempat ni memang tumpuan ramai. Pelancong Melayu semua tertumpu kat sini. Mula2 agak was2 jugak sebab setahu ummi kadang2 ada je fish and chips tak halal sebab letak beer dalam batter menggoreng ikan; ni pengaruh FoodNetwork Channel. Tapi hasil gugelan kami, Cicerellos tu halal certified. Boleh rujuk kat http://www.halalsquare.com.au.Yang utk Kailis tu pon katanya ada halal certified. Kami makan kat kedua2 tempat. Portion agak besar so boleh share (kalau nak) kihkihkih.
Pemandangan sekitar Kailis dan Cicerellos. Tepi jetty. Banyak burung dan berangin. Heaven!
Fish and chips. Red snapper katanya.
Ni pulak fried callamari. Sedappppp sangat!
Menu yang ada kat Kailis. Lai lai mari pilih nak makan apa.
Selain tu, ummi ada jugak beli buah kat Fremantle market. Harga boleh tahan murah. Dan saiz besar2.

Buah besar2 kat Fremantle market
Yang paling ummi berkenan, buah stroberi.Satu bekas AUD3. Masa mula2 tgk perkataan 'super sweet' kat atas pek tu, ummi skeptikal. Eleh, semanis mana pon buah stroberi ni. Sekalinya bila rasa, ambik kau....MEMANG MANIS.

Shopping
Kalau nak shopping barang souvenir utk dibawa balik, ada satu je tempat yang ummi syorkan. Tak lain tak bukan E-Shed Market kat Fremantle. Tempat ni hanya bukak Jumaat-Ahad.Dalam E-Shed market, ada banyak kedai2 kecik jual macam2 barang dari makanan, baju sampailah ke souvenir. Dalam banyak2 kedai tu, hanya dua kedai jadi tumpuan; Megabes dan Ausin. Megabes ownernya Singaporean. Ausin plak ownernya Indonesian. Tunggu tak lama lagi kami pulak bukak kedai ownernya Malaysian. Kedua2 kedai ada pekerja Melayu. Dan kedua2 kedai offer harga murah. Tapi masa kami pergi ni, kebanyakan barang kami borong dari Megabes. Ni antaranya:
Tshirt Australia. Murah je. Size kecik utk budak2 lebih kurang AUD2.50 je sehelai. Size dewasa dalam AUD4. Sweater pon murah dalam AUD4 dah boleh dapat.

Keychain koala. Terlalu murah.Satu pek (24biji) cuma AUD2 kat Megabes. Ummi borong banyak sebab nak bagi opismate dan classmate Aiza.

.
Fridge magnet murah. Kat megabes jual 4 pek  pelbagai corak AUD10. Setiap pek ada 6 magnet.
Souvenir utk org2 kat Malaysia semua ummi masukkan dalam beg ni. AUD2 je satu.
Punyalah kaya owner kedai Megabes sampai blh ada kereta plat sendiri :)

Ada cerita di sebalik pinggan ni. Masa ummi tgh shopping kat Megabes, abah dokong Anas. Tanpa sedar, dia capai pinggan ni. Jatuh dan pecah. Org kedai tu cakap "of all the things that have been touched and broken, this is THE WORST" hikhikhik. Kami bayar AUD20 untuk pinggan pecah ni. Mahal sebab ori dan handcrafted. Nak simpan buat kenangan dan claim kat Anas bila dia besar nanti.
Selain tu ummi ada beli table cloth (AUD1.50), sarung tangan ketuhar (AUD1), soft toys kangaroo etc. Tapi percayalah, kat Megabes atau Ausin semua dijual murah2. Sebabnya bila ummi jalan ke bandar Perth, ummi jumpa barang yg sama dijual 2 atau 3 kali ganda lebih mahal. So kalau nak shopping, E-Shed market saje yang disyorkan.

Tempat Menarik
Sepanjang 5D4N kami kat Perth, ada beberapa tempat menarik kami pergi. Antaranya Caversham Wildlife Park. Perjalanan lebih kurang 40 minit dari homestay kami di Carlisle. Menariknya Caversham ni, dia guna konsep petting zoo. So kebanyakan binatang kat situ macam kangaroo, koala, rabbit, deer etc jinak dan boleh dibelai2. Nak bagi makan pon boleh. Sangatlah sesuai kalau bawak anak2 datang sini. Selain dari tu, kat Caversham ada banyak animal show. Boleh rujuk kat pamplet yang diberi kalau nak tahu slot setiap show. Masa kami sampai tu, tengah ada show gunting bulu biri2. Seronok!
Aiza and her new friend
Feeding time.
Ini wombat. Ada pekerja yg boleh tolong ambikkan gambar sesapa yang nak.
Caversham ni luas sebenarnya. Selain ada petting zoo, ada jugak taman untuk kita lepak dan berkelah. Tapi yang paling best (best untuk Asyraf) tak lain tak bukan ialah train rides kat Whiteman Park yang terletak dalam Caversham jugak.
Train dah sampai!
Ni rate bayaran utk naik train:
Entrance Fees:
Adults $8.00;
Seniors $7.00;
Children (6-16yrs) $4.00;
Toddlers $2.00

Selain tu, kami ada jugak ke Kings Park. Kat Perth ada banyak park tapi Kings Park yang terbesar. Memang budaya orang kat Perth (mungkin budaya negara orang putih lain jugak) suka piknik kat park. Masa kitorang pergi tu, ada nampak student tgh study, family gathering, bday celebration etc. Even yang baru balik kerja siap pakai coat pakai tie pon ada.

Kings Park ni memang luas dan cantik. Tambah cantik sebab atas bukit mengadap laut. Pemandangan dia, SUPERB.



 

Secara overall, percutian ke Perth ni memang best. Terbayang2 keseronokan kat sana. Lepas ni harapnya ada rezeki nak pegi the other parts of Australia i.e Melbourne, Sidney, Gold Coast etc. Grand total damage untuk cuti2 Perth ni bila dah dikira2 lebih kurang 7K. Oklah kot untuk kami 5 beranak. Bukan selalu pon, iye tak? (ayat nak sedapkan hati). InsyaAllah lepas ni nak kumpul duit ke destinasi lain pulak.Kalau selama ni ummi selalu turn down offer abah untuk jalan2 oversea, sekarang tidak lagi! I'm ready. Dulu ummi selalu pikir jalan2 terutama trip to oversea membazir sbb a bit expensive. Tapi bila dipikir2 balik - with all the memories created, with all the experiences gained...it's worth it!

So apa lagi, jom bawak keluarga berjalan tengok pemandangan indah negara orang!




















The Graduation Day

$
0
0
Aiza dah grad! 

Yes, my 6-years-old daughter has graduated. Hikhikhik macamlah grad dapat degree. Padahal baru habis tadika. Tapi ummi sangatlah emotional masa tengok dia naik pentas buat persembahan dan ambik skroll. Still teringat2 lagi pengalaman lahirkan dia dulu. Tup tup hari tu tengok dia dah pakai jubah konvo. Mengalir air mata jap hikhikhik.

Bersedia nak ke Gombak.
Bila ummi dan abah bukak buku program yang disediakan, tambah terkejut bila nampak nama Aiza kat senarai penerima anugerah. Ini anugerah yang dia dapat:

Special Achievement Award for English subject

Best Attendance Award. Macam manalah agaknya dia boleh terpilih dapat award ni. Macam dah banyak kali ponteng :) Cikgu ambik kira dari start masuk nursery umur 2 bulan kot hahaha
Lepas ni, InsyaAllah Aiza masuk darjah 1 kat SK Sri Petaling, antara sekolah yang terdekat dengan UIA PJ ni. Tapi cuma Sofea dan Nazmi je akan sama2 sekolah sini. Majoriti kawan2 yang lain sekolah SK Sri Damai. Ada jugak  yang sekolah dekat area rumah masing2.

Official graduation picture. Dah siap frame. Yang kecik nak letak kat rumah Grandma sebagai kenangan. Yang besar nak gantung kat hall --> Hall of Fame :)

L-R Girls:Husna, Aina, Bushra, Sofea, Wani, Nor, Auni, Syifak, Aiza, Yumi.
Aiza dan classmates sangat rapat. Diorang membesar sama2 sejak umur 2 bulan. Sampaikan diorang kenal mak kawan masing2, kenal kereta kawan masing2, kenal adik beradik kawan masing2 yg sama2 kat nursery UIA and the list goes on.

In a way, ummi sangat berterima kasih dengan cikgu2 kat nursery UIA ni. Sangat dedicated. Dari taktahu menulis, membaca,mengaji sampai sekarang Alhamdulillah Aiza dah boleh baca majalah. Kalau nak harapkan ummi dan abah, memang kurang kesabaran. So, a big thank to all IIUM Educare teachers!


How Time Flies

$
0
0
Aiza dah masuk Darjah 1. Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru je semalam tengok dia terkedek2 belajar jalan. Tiba2 hari ni dia dah tarik beg masuk van pergi sekolah huhuhu #insert-clingy-mom-syndrome-here.
Tengah tunggu van sekolah datang


Sejak dia sekolah, rutin hidup kami anak beranak berubah 360 darjah. Kalau dulu boleh bangun lambat kadang2 lepas subuh sambung zzz, sekarang pukul 5.30am dah kena zasssss bangun pagi siapkan beg, prepare baju etc. Aiza sekolah sessi petang. So pagi pukul 8-11am sekolah KAFA kat masjid depan UIA. Petang pulak sekolah kebangsaan dari pukul 12.20-6.20. Gitu gini redah jem, around 7.30mlm baru kitorang sampai rumah.
With abah: Registration day on 2nd Jan 2015
Kawan sebelah meja, Fatin Farhana
Kat sekolah KAFA. Macam2 gelagat hari pertama. Kawan sebelah dah menguap. Yg kat belakang dah gaduh :)
Sebab bangun awal, maka tidur pun awal. Jangka hayat mata ummi sekarang sampai pukul 930 malam je. Paling lewat pun pukul 10 malam rumah dah gelap gelita hahaha. Orang lain layan TV tengok bola ke, AJL ke hape ke...kitorang dah tak ingat dunia. Esok paginya bila orang cerita macam2 kat ofis, mulalah mulut ternganga hahaha.
By pukul 9 mlm dah pengsan :) kalau lambat tidur mulalah dia moody, tantrum dan start cari gaduh dgn semua orang.
Sekarang barulah ummi terasa nikmatnya cuti sekolah atau hujung minggu huhuhu. Kalau dulu pantang ummi takde kelas, cepat je tangan nak klik apply cuti. Sekarang ni, ada kelas ke takde kelas, kau duduklah kat opis tu diam2 sampai pukul 6 petang tunggu Aiza balik!! Hambik kau.

My Little Pony: From Passion to Obsession

$
0
0
Tak pasti sejak bila Aiza mula minat dengan cerita ni. Tahu2 je newsfeeds dan suggestions kat YouTube penuh dengan My Little Pony. Bermula dengan tengok segala video kat YouTube, dia start hafal nama semua karakter yang ada. Yang kelakarnya, ummi abah dgn Asyraf pon terhafal sama. Apple Jack, Pinky Pie, Flutter Shy, Twilight Sparkle, Rarity, Rainbow Dash semua kitorang dah kenal hahaha. Abah siap tolong torrentkan lagi movie dia; Rainbow Rocks dengan Friendship Is Magic. So hari2 layan My Little Pony ketawa sorang2 depan tablet.

Bila dah selalu tengok, dia start hafal lagu2 My Little Pony. Karaoke hari2 dengan Asyraf. Kitorang laki bini impressed ok! Sebab lirik dia agak complicated jugak tapi tak sangka diorang berdua boleh hafal sebijik2. Terlalu selalu dengar lagu Pony sampaikan kalau ummi duduk sorang2 kat opis pon boleh terngiang2 lagu tu dalam kepala. Mmg dah lama bye-bye kat lagu rock, lagu nasyid, lagu jiwang ...semua dah diganti dengan Cutie Mark Crusader, Battle of the Band etc.

Then bila kitorang jalan2, pantang nampak mainan Little Pony, dia dah mula mintak nak beli. Ada jugaklah yang kitorang layankan bila harganya affordable. Kalau mahal takde sales memang buat dunno jelah. First pony beli masa pegi Perth hari tu. Doll Twilight Sparkle. 
Sepatutnya doll ni pakai baju. Tapi dah diganti dgn loom band ikut kreativiti Aiza. Ada ciri2 nak masuk Project Runway pulak agaknya :)
Sekarang ni dah mula beranak pinak. Latest sekali yang ni:
Soft toy Pinkie Pie. Harga RM29.90 beli kat kedai Speedy OU. Besar jugak sizenya.
Lepas tu sekarang Aiza dah buat anjakan paradigma. Maju setapak lagi dalam bidang My Little Pony ni. Dia start melukis pulak! Habislah segala kertas pantang ada ruang, penuhlah dengan lukisan pony. Dulu masa dia tadika, selalu jugak dia lukiskan utk kawan2 yang berminat. Ni bila dah masuk darjah 1, dia cater utk kawan-kawan sekelas hihihi. Ni antara lukisan dia yg ummi sempat capture:



Antara lukisan terawal

Yg ni dia lukiskan utk Fatin, kawan duduk sebelah dlm kelas. Then mama Fatin upload kat whatssapp group Mommies 1 Kenanga :)


Boleh tahan kan? Kalau bukan ummi siapa lagi nak puji anak sendiri. Makin lama makin kemas. Tak tahu mana dia dapat bakat melukis ni. Yang pastinya bukan dari abah sebab abah tangan kayu kihkihkih. So most probably dari ummi (abah sila jgn muntah).

Viewing all 130 articles
Browse latest View live